Dunia iktiraf Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim FOTO: FB Johor Southern Tigers
Stadium Sultan Ibrahim FOTO: FB Johor Southern Tigers
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus melangkah ke hadapan melalui fasiliti bertaraf dunia apabila dijemput untuk menjadi wakil Malaysia pertama ke Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik).

Kelab itu dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, Stadium Sultan Ibrahim telah menarik perhatian pemerhati dengan pengurusan profesional, pemeliharaan dan reputasi stadium tersebut.

"Stadium Sultan Ibrahim telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada Asia-Pacific Venue Industry Congress ke-30 yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Mei di Melbourne, Australia.

"Jemputan kepada Stadium Sultan Ibrahim ini juga adalah indikator kepada pengiktirafan berterusan kepada stadium ini sejak dibuka pada Februari 2020.

"Stadium ini juga pernah dinamakan sebagai ‘World Stadium of the Year’ pada tahun 2020," kata kenyataan itu pada Rabu.

Persatuan Pengurusan Venue (VMA) adalah badan untuk venue industri profesional di Australia, New Zealand dan Asia dengan lebih 900 keahlian, mewakili lebih 300 venue utama dari pelbagai sektor termasuk venue sukan dan bukan sukan.

Stadium Sultan Ibrahim boleh dikategorikan stadium terbaik dimiliki di negara ini dan menjadi lambang kemegahan skuad Harimau Selatan.

Stadium yang dilancarkan pada 22 Februari 2022 itu dibina dengan kos RM200 juta dan menjadi 'rumah' buat buat JDT menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!