Tokoh Mahatma Gandhi jadi teladan belia

Kulasegaran dan Nishit Kumar (kiri) merasmikan monumen Mahatma Gandhi yang dibina di pusat latihan itu.
Kulasegaran dan Nishit Kumar (kiri) merasmikan monumen Mahatma Gandhi yang dibina di pusat latihan itu.
A
A
A

KALUMPANG - MySkills Foundation (MSF) membina monumen Mahatma Gandhi sempena ulang tahun kelahiran ikon kemerdekaan India itu yang ke-150 di Pusat Latihan Transformasi MySkill Kampus Kalumpang, hari ini.

Justeru sebanyak 150 pokok ditanam sebagai simbolik memperingati tokoh politik itu yang disempurnakan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Hadir sama, wakil Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, Nishit Kumar Ujjwal.

Kulasegaran berkata, beliau menerima jemputan daripada pengurusan MSF bagi merasmikan monumen tersebut bagi memperingati kelahiran Mahatma Gandhi yang diraikan pada 2 Oktober.

"Apa yang penting, kampus ini menyediakan latihan vokasional kepada golongan belia termasuk remaja berisiko tinggi yang tercicir dari sekolah.

"Saya kagum dengan pencapaian MySkills dalam tempoh masa lapan tahun yang berusaha membimbing remaja dalam kelompok ini.

"Bukan senang namun saya memberi sokongan penuh bagi menjayakan visi murni ini," katanya.

Sementara itu Pengarah MySkills, S Pasupathi berkata, Mahatma Gandhi merupakan pejuang kemerdekaan dengan menentang kekerasan dan penindasan terhadap manusia sejagat.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tokoh tersebut menjadi teladan kepada golongan belia untuk mengubah hidup ke arah lebih baik.

"Pusat latihan ini melatih golongan belia yang ketinggalan dalam akademik tetapi mahu berjaya dalam bidang kerja berkemahiran.

"Melalui pembelajaran dan kerjasama baik dengan pihak industri yang menyediakan latihan pekerjaan, pelajar kelulusan dari MSF berlayakan menerima bayaran gaji tinggi," katanya.

#huluselangor Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran merasmikan Monumen Mahatma Gandhi di Pusat Latihan Transformasi MySkills Kalumpang. Pusat ini menyediakan latihan vokasional kepada golongan belia termasuk remaja bagi melahirkan pekerja berkemahiran. [ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/25622/BERITA/Nasional/Kuota-matrikulasi-Kulasegaran-kata-okay ] Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor MOHD RIDZUAN ABU HASSAN

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, April 27, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!