Aksi Harimau Malaya di Kuala Terengganu pada 14 dan 20 Jun
Kedua-dua perlawanan pasukan Malaysia akan berlangsung pada 9 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu. - Foto Bernama
A
A
A
FAM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan aksi menentang pasukan di ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon akan diadakan pada 14 Jun (Rabu), diikuti aksi menentang Yaman (ke-157) pada 20 Jun (Selasa).
Kedua-dua perlawanan pasukan Malaysia, yang menduduki ranking ke-138 dunia akan berlangsung pada 9 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu bagi memberikan peluang kepada peminat di Pantai Timur menyaksikan aksi pasukan kebangsaan.
FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.
Skuad kendalian Kim Pan Gon yang mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada bulan lepas, mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.
Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya, tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja penggantian rumput pada masa ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!