Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa

Annuar (kanan) hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Md Alwi (dua dari kanan) di Kota Bharu.
Annuar (kanan) hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Md Alwi (dua dari kanan) di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - "Tunggu selepas habis puasa enam," Itu respon ringkas yang diberikan oleh Pengerusi Pertubuhan Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa semasa diminta mengulas hala tuju politiknya oleh wartawan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad malam tadi.

Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.

"Hari ini (semalam) baharu masuk hari ketiga puasa enam," katanya.

Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan Annuar memberitahu, akan menyertai salah satu daripada tiga parti yang pernah membuat tawaran sebelum ini.

Annuar beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas di Kota Bharu.
Annuar beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas di Kota Bharu.

Beliau turut menjelaskan tidak akan menubuhkan parti baharu kerana bimbang semakin banyak perpecahan dalam kalangan rakyat terutama orang Melayu.

Pada 9 Disember lalu, Annuar dipecat sebagai ahli UMNO selepas mencemuh parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!