Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr

RONALDO
RONALDO
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Arab Saudi, Al Nassr tidak lama lagi.

Menurut laporan media Eropah, Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menawarkan Ronaldo peranan sebagai duta di kelab itu.

Ronaldo berpindah ke Liga Profesional Arab Saudi itu pada Januari selepas berselisih faham dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Sebelum menyertai pasukan Arab Saudi itu, Ronaldo mencuba nasib untuk memastikan kembali ke Real Madrid.

Namun, Perez telah menghalang pemain itu kembali ke Bernabeu. Bagaimanapun, dia kini telah ditawarkan kembali kelab itu tetapi bukan berperanan sebagai pemain.

Laporan itu mengatakan bahawa Perez mahu Ronaldo memainkan peranan sebagai duta kelab atau menjadi sebahagian daripada organisasi kelab tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!