Ops Pantau catat 374 kes, RM60,200 jumlah kompaun

Azman (kiri) bersama Hanifa (dua dari kanan) meninjau Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri di Pasar Raya AEON, Kota Bharu baru-baru ini.
Azman (kiri) bersama Hanifa (dua dari kanan) meninjau Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri di Pasar Raya AEON, Kota Bharu baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 374 kes melibatkan kompaun berjumlah RM60,200 atas pelbagai kesalahan direkodkan menerusi Ops Pantau yang dilancarkan sejak 23 Mac sehingga 21 April lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, Ops Pantau ini bertujuan memastikan pengguna berada dalam keadaan yang selesa dan mudah mendapatkan bekalan makanan serta barangan keperluan harian lain pada harga yang munasabah.

Menurutnya, Ops Pantau memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, alat timbangan, penjualan barang tiruan dan cetak rompak serta pelbagai kesalahan lain.

"Ops Pantau ini melibatkan pemeriksaan sebanyak 66,701 premis di seluruh negara dan sebanyak 374 kes dihasilkan menerusi pemeriksaan tersebut.

"Ia turut dilaksanakan secara seragam dan berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktiviti penjualan secara dalam talian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Azman
Azman

Beliau berkata, aktiviti penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan para peniaga mematuhi segala perundangan yang dikuatkuasakan.

"Biarpun Ops Pantau telah berakhir namun pemantauan akan tetap dijalankan dari masa kemasa.

"Penghargaan turut diucapkan kepada para peniaga yang mematuhi perundangan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Azman turut mengingatkan pengguna agar sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah dan merancang perbelanjaan harian bagi mengelakkan daripada

dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Elakkan pembaziran sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!