Messi tidak sepatutnya kembali ke Barcelona

Lionel Messi - Foto EPA
Lionel Messi - Foto EPA
A
A
A

LEGENDA Argentina, Mario Kempes memberi amaran kepada Lionel Messi agar tidak kembali ke Barcelona dan kekal bersama Paris Saint-Germain.

Masa depan Messi ketika ini menjadi spekulasi kerana kontraknya bersama PSG akan tamat pada musim panas ini dan bintang Argentina itu dikatakan akan kembali ke Barcelona.

Bagaimanapun, PSG masih berminat untuk menyambung kontrak Messi yang telah meledak 31 gol dan 34 bantuan gol dalam 70 perlawanan untuk Les Parisiens sejak 2021.

Kempes percaya Messi tidak sepatutnya kembali ke Barcelona kerana kelab itu masih berdepan beberapa masalah dalaman.

"Saya rasa tidak bagus untuk dia (Messi) kembali ke Barcelona. Adalah lebih baik untuk dia kekal di Perancis. Dia boleh menyertai Piala Dunia seterusnya dalam keadaan lebih baik.

"Matlamat Barcelona kini berbeza. Mereka masih membina pasukan semula sejak Messi pergi, dan terdapat banyak masalah dalam kelab.

"Saya memberitahu Messi untuk kekal di PSG untuk persiapan fizikal dan mentalnya sebelum Piala Dunia akan datang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!