Polis pantau pantai timur Sabah dijadikan lokasi transit Daesh, dadah

Datuk Omar Mammah
Datuk Omar Mammah
A
A
A

SEMPORNA - Polis Sabah memberi lebih perhatian kepada pantai timur negeri ini khususnya Tawau dan Sandakan yang dikesan menjadi lokasi transit bagi elemen Daesh serta penyeludupan dadah sebelum menuju ke destinasi 'sebenar'.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, polis memiliki pasukan khas bagi mengesan pergerakan golongan ini sepanjang masa.

"Adanya pasukan khas ini, beberapa siri tangkapan juga berjaya dilakukan," katanya ketika ditemui pada acara perarakan masuk lepa atau perahu tradisional sempena Regatta Lepa Semporna Jubli Perak 2019 di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, meskipun Sabah dijadikan transit point keadaan masih terkawal dan masyarakat tidak perlu bimbang kerana anggota keselamatan sentiasa memantau rapi pergerakan elemen jenayah.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kumpulan Daesh kini menjadikan Tawau dan Sandakan sebagai transit untuk memasuki Selatan Filipina serta Rakhine, Myanmar.

Baru-baru ini, Sandakan dan Tawau juga dilaporkan sebagai lokasi transit penyeludupan dadah sebelum dibawa ke negara jiran.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!