Shaheizy Sam kongsi nama anak
Memilih untuk tidak menunjukkan lagi wajah anaknya, Sam menerusi Instagramnya hanya berkongsi gambar katil bayi berserta cadar yang telah dikait dengan nama Sarima Samheizy.
"Setelah dua tahun putera Syeriv Samheizy berkuasa dikausnya (katil), kini telah diambil alih pula oleh puteri Sarima Samheizy.
"Selamat bertaktha, tinggal 10 Samheizy je lagi. Harap kausnya bertahan," tulisnya.
Dalam posting berasingan, Sam memberitahu akan setia dengan hospital swasta tempat kelahiran kedua-dua anaknya.
Malah Sam berharap 10 lagi anaknya juga akan lahir di hospital berkenaan.
Bagaiamanapun lucunya apabila isteri Sam, Syatilla Melvin membalas komen di posting berkenaan.
"Aii 12? Pembedahan boleh lima orang sahaja. Mana datang lagi tujuh? Isteri lain ke apa?" soalnya berserta tanda pagar Allahuakhbar.
Komen Syatilla itu mendapat reaksi pelbagai oleh pengikut Instagram Sam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!