Liga Super: Perak menang di Kelantan
HASRAT Kelantan FC untuk menang di rumah sendiri tidak kesampaian apabila tewas 2-3 kepada Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhamad IV di sini sebentar tadi.
Babak pertama, tuan rumah beraksi garang apabila membuat beberapa percubaan ke atas gawang gol Perak FC.
Gol jaringan Nuha Marong Krubally pada minit ke-13 ternyata gagal bertahan apabila Perak FC melalui kesilapan Kapten Kelantan, Muhammad Yusri Yuhasmadi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-35.
Bagaimanapun, Luciano Guaycochea mula menambah jaringan, 10 minit kemudian.
Skuad kendalian Frank Bernhardt beberapa kali mendapat peluang tetapi buntu mencipta gol untuk menyamakan kedudukan.
Debaran memuncak pada minit ke-21 apabila Perak FC mula melakukan serangan di gawang gol Kelantan tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan.
Perak FC mengukuhkan kedudukan melalui sepakan gol ketiga jaringan Che Mohamad Suhairi Che Halim pada minit ke-68.
Bagaimanapun Nor Syamel Abdul Ghani berjaya mengelakkan Kelantan terus dimalukan apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-93.
Keputusan akhir Perak menang 3-2 ke atas Kelantan FC di hadapan 5,148 penonton di stadium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!