Mane dalam radar Chelsea

MANE
MANE
A
A
A

CHELSEA dilaporkan sedang menilai potensi perpindahan Sadio Mane selepas pemain itu dilaporkan mahu dijual oleh Bayern Munich.

Mane, 31, memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara bersama Liverpool sebelum menyertai Bayern pada jendela perpindahan Jun tahun lalu.

Musim pertamanya di Jerman menyaksikan dia meledak 10 gol dan lima bantuan gol dalam 30 penampilan saingan Bundesliga dan Liga Juara-Juara.

Walaupun prestasinya dilihat cukup baik, namun masa depannya di kelab itu menjadi tanda tanya selepas insiden dia menumbuk rakan sepasukannya ketika kekalahan dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Manchester City.

Menurut Football Insider, Mane kini dipercayai berada dalam radar Chelsea dan kelab Inggeris itu kini bersedia untuk mempertimbangkan langkah mengejut mendapatkan pemain Senegal itu.

Laporan itu menyatakan Bayern hanya akan cuba untuk mendapatkan balik sebahagian besar yuran yang mereka bayar untuk pemain itu ketika dibeli daripada Liverpool.

Laporan itu juga menyebut bahawa Liverpool juga tidak berminat untuk membawanya kembali ke Anfield.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!