Program Kerajaan Perpaduan atasi kemiskinan tegar di Kedah - PM
ALOR SETAR - Masalah kemiskinan tegar di Kedah akan ditangani dengan dengan baik melalui program Kerajaan Perpaduan yang diadakan di seluruh negeri ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerjasama seluruh jentera kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan majlis perbandaran untuk bersama-sama menyelesaikan masalah tersebut.
"Adalah mengaibkan bagi negara yang mempunyai keupayaan dengan khazanah besar minyak dan gas, kelapa sawit dan pelbagai industri tetapi tidak boleh menyelesaikan soal asas kemiskinan tegar di negara kita," katanya semasa berucap pada Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di Hotel Raia, dekat sini pada Sabtu.
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menurut Anwar, masalah lain yang turut diberi perhatian di Kedah oleh kerajaan pimpinannya adalah nasib pesawah padi.
"Sebab itu di tahun ini, pertama kali dalam sejarah kita menambah peruntukan bantuan kepada pesawah padi, mencatat rekod yang belum pernah diberikan sebelumnya (termasuk) pekebun getah dan juga nelayan.
"Jumlah yang diumumkan dalam belanjawan Madani baru-baru ini menunjukkan bahawa kita ada keupayaan sekiranya bersama, bermuafakat menguruskan ekonomi negara membawa pelaburan dan memastikan perbelanjaan itu tertumpu kepada kepentingan rakyat," ujar beliau lagi.
Perdana Menteri menambah, pengurusan kerajaan yang baik dengan menolak amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa mampu mengangkat Malaysia menjadi negara makmur, berjaya dan cemerlang.
ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai serbu Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah
ARTIKEL BERKAITAN: RM1.6 bilion untuk Kedah - PM
ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani
ARTIKEL BERKAITAN:'Kerajaan Perpaduan berbeza dengan kerajaan terdahulu'
ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya bukan pendendam' - Anwar
ARTIKEL BERKAITAN: PM sangkal dakwaan negeri ditadbir pembangkang dianak tiri
ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Kerajaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika diberi mandat
ARTIKEL BERKAITAN: 30 Ahli Parlimen BN akan terus sokong PM Anwar - Zahid
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!