FAM umum senarai akhir 20 pemain Malayan Tigress ke Sukan SEA 2023
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 20 pemain skuad Malayan Tigress yang akan berlepas ke Phnom Penh, Kemboja Isnin ini, untuk aksi di Sukan SEA yang akan berlangsung bermula Mei ini.
FAM menerusi laman web rasmi fam.org.my berkongsi senarai akhir 20 pemain Malayan Tigress antaranya tiga kapten pasukan iaitu Steffi Sarge Kaur (pertahanan), Nur Lyana Soberi dan Farahiyah Muhamad Ridzuan (tengah).
Nur Ezza Ashikin Abdul Razak (penjaga gol) serta Intan Sarah Anisah Zulgafli dan Henrietta Justine pula diberi tanggungjawab untuk mengemudi jentera serangan.
Skuad di bawah kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan turun pada aksi pertama Kumpulan A menentang Vietnam pada Rabu (3 Mei), Filipina pada Sabtu (6 Mei) dan Myanmar pada Selasa (9 Mei) di Stadium Army, Phnom Penh, Kemboja.
Sekiranya skuad bola sepak wanita kebangsaan ini berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 12 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga atau empat yang akan berlangsung pada 15 Mei.
Malaysia pada edisi di Hanoi, Vietnam tidak menghantar wakil untuk beraksi pada acara itu.
Berikut 20 nama pemain Malayan Tigress yang akan beraksi pada Sukan SEA.
Nur Ezza Ashikin Abdul Razak
UPNM
Henrietta Justine
UPNM
Eva Olivianie Antinus
UPNM
Siti Nurfaizah Saidin
UPNM
Farah Syakira Mohd Saad
Kelana United
Nurul Nadia Roslan
Kelana United
Intan Sarah Anisah Zulgafli
Kelana United
Nur Amirah Abdul Rahman
Kelana United
Nurfazira Muhamad Sani
UiTM FC
Siti Nurkhaleeda Ismail
UiTM FC
Nur Syafiqah Zainal Abidin
UiTM FC
Putri Arissa Balqis Ab Lah
UiTM FC
Thivashini Sivakumar
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)
Nur Najwa Irdina Zaidi
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)
Nur Lyana Soberi
MBSJ
Steffi Sarge Kaur
MBSJ
Jaciah Jumilis
Spicegals
Kanchenjeet Kaur Nanua
SSS Leopard
Lauren Hoh Ruyi
Sekolah Antarabangsa British English, Thailand
Farahiyah Muhamad Ridzuan
PJ Kita
- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!