Kemboja 2023: Skuad kriket wanita mula langkah kanan

Pemain kriket Malaysia yang menggalas cabaran di Sukan SEA Kemboja 2023. - Foto MSN
Pemain kriket Malaysia yang menggalas cabaran di Sukan SEA Kemboja 2023. - Foto MSN
A
A
A

SKUAD kriket wanita negara memulakan kempen Sukan SEA 2023 di Kemboja dengan langkah kanan apabila mengatasi Singapura 38-37 larian dalam peringkat kumpulan acara Ten10 (T10) di Phnom Penh pada Sabtu.

Perlawanan Kumpulan A-Z di Kriket Oval, Hun Sen Boulevard itu sudah pasti menyuntik semangat skuad negara untuk terus memberi saingan sengit apabila bertemu Thailand pada Ahad depan.

Bagi saingan T10, skuad negara yang dibarisi 15 pemain diundi bersama Thailand dan Singapura dalam Kumpulan A.

Bagi acara Twenty20 (T20) pula menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Filipina serta Myanmar.

Saingan 50-overs pula menyaksikan Malaysia sekali lagi diundi bersama Thailand dan Myanmar dalam Kumpulan A.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!