Elavarasan belum dapat bayangan barisan Harimau Muda

Pemain Harimau Muda giat menjalani latihan bagi persiapan Sukan SEA Kemboja 2023 di Wisma FAM pada Sabtu.
Pemain Harimau Muda giat menjalani latihan bagi persiapan Sukan SEA Kemboja 2023 di Wisma FAM pada Sabtu.
A
A
A

PENGENDALI skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara, E Elavarasan masih berteka-teki berhubung senarai Harimau Muda yang menggalas ke Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh pada 5 hingga 17 Mei ini.

Malah Elavarasan menegaskan hanya akan memuktamadkan nama 20 daripada 25 senarai pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat ke temasya itu sebelum berlepas ke Kemboja pada 2 Mei ini.

“Belum ada... masih awal lagi dan saya tidak mempunyai gambaran tentang itu,” katanya kepada pemberita semasa sesi latihan skuad B-22 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada Sabtu.

Mengenai perkembangan kem latihan pusat diadakan, Elavarasan mengakui berpuas hati apabila kebanyakan pemain dipanggil melaporkan diri.

“Hari ini hari pertama kumpulkan mereka. Semalam ada pemain yang hadir, namun masih dalam proses pemulihan tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengumpulkan mereka,” katanya.

Sebagai rekod, Harimau Muda akan membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos B-22 pada 3 Mei diikuti menentang Thailand B-22 (6 Mei), Vietnam B-22 (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 pada 11 Mei.

Sekiranya Harimau Muda berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga dan keempat berlangsung pada 16 Mei.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia merangkul emas adalah pada edisi 2011 di Jakarta, apabila menundukkan pasukan tuan rumah sebelum gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas tewas kepada Thailand di final.

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

BOLA SEPAK

KUMPULAN B

3 MEI

Harimau Muda lwn Laos

6 MEI

Harimau Muda lwn Thailand

8 MEI

Harimau Muda lwn Vietnam

11 MEI

Harimau Muda lwn Singapura

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!