Melaka akan semak semula penarafan bintang hotel

Kerajaan Melaka bersama agensi terlibat akan menyemak semula penarafan bintang untuk semua hotel di negeri itu. - Foto 123RF (Gambar kecil: Abdul Razak)
Kerajaan Melaka bersama agensi terlibat akan menyemak semula penarafan bintang untuk semua hotel di negeri itu. - Foto 123RF (Gambar kecil: Abdul Razak)
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka bersama agensi terlibat akan menyemak semula penarafan bintang untuk semua hotel di negeri itu bagi memastikan perkhidmatan diberikan sesuai dengan penilaian diterima.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, langkah itu juga bagi memastikan hotel-hotel di Melaka sentiasa menjaga kualiti dan kebersihan penginapan kepada pengunjung.

“Ini bukan sahaja membabitkan aduan yang diterima daripada pelancong, tetapi kita juga mahu berikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong dalam dan luar negara, di samping menjadi sebagai persediaan kita untuk menyambut Tahun Melawat Melaka 2024.

“Sebagai contoh ada hotel yang bertaraf tiga atau empat bintang tetapi perkhidmatan diberikan tidak sampai dengan penarafan bintang yang diterima hotel berkenaan,” katanya kepada pemberita pada satu majlis rumah terbuka Aidilfitri di Telok Mas di sini malam Jumaat.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sedang menaik taraf empat muzium di negeri itu bagi menambah baik mutu perkhidmatan kepada pelancong.

“Sehingga 31 Mac lepas jumlah pengunjung muzium di Melaka mencatatkan seramai 329,000 orang dengan jumlah kutipan tiket RM1.2 juta dan kita optimis sasaran satu juta pengunjung di muzium Melaka dapat dicapai hujung tahun ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!