Empat hilang kapal pesiar karam di Filipina

Kapal M/Y Dream Keeper itu karam kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan Ahad. Foto: Twitter coastguardph
Kapal M/Y Dream Keeper itu karam kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan Ahad. Foto: Twitter coastguardph
A
A
A

MANILA - Empat orang dilaporkan hilang selepas sebuah kapal pesiar karam di perairan Tubattaha di wilayah Palawan pada Ahad, kata Pengawal Pantai Filipina.

Laksamana Pertama Armando Balilo berkata, kapal M/Y Dream Keeper itu karam kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan Ahad (2300 GMT Sabtu).

Beliau berkata, kapal itu belayar meninggalkan Cebu pada petang Khamis dan tiba di Tubbataha Reefs Natural Park pada malam Sabtu.

Balilo berkata kapal berkenaan membawa 32 orang termasuk 15 anak kapal, 12 penumpang dan lima juruselam.

"Seramai 28 orang telah diselamatkan manakala empat lagi masih hilang,” katanya lapor Xinhua. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!