Tiga warga Indonesia ditahan di jeti

Tiga warga Indonesia ditahan PPM menerusi Ops Pensura di Jeti Penumpang Pelabuhan Klang, semalam.
Tiga warga Indonesia ditahan PPM menerusi Ops Pensura di Jeti Penumpang Pelabuhan Klang, semalam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Sepasang suami isteri warga Indonesia bersama rakan mereka dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) ketika berada di Jeti Penumpang Pelabuhan Klang, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira jam 11.15 pagi semasa rondaan Ops Pensura.

"Semakan mendapati dua warga Indonesia berusia 30 tahun terbabit merupakan pasangan suami isteri, manakala seorang lagi adalah rakan mereka berusia 28 tahun.

"Kesemua warga asing ini gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, mereka dipercayai baru tiba dari Tanjung Balai, Indonesia menaiki bot pom-pom dengan bayaran RM800 setiap seorang.

"Siasatan masih dijalankan dan kita tidak menolak kemungkinan mereka datang untuk bekerja," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!