LZS buat pemutihan, semakan kelayakan penerima bantuan

Daroyah menyampaikan sumbangan kepada penerima cilik di Dewan Alwi, FRIM hari ini.
Daroyah menyampaikan sumbangan kepada penerima cilik di Dewan Alwi, FRIM hari ini.
A
A
A

KEPONG - Lembaga Zakat Selangor (LZS) melakukan pemutihan dan semakan kelayakan secara tahunan bagi memastikan bantuan zakat disalurkan hanya kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.

Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid berkata, peningkatan penerima bantuan setiap tahun dipengaruhi faktor Selangor sebagai tempat tumpuan mencari pendapatan, masalah ekonomi, pendapatan dan tanggungan.

Menurutnya, cadangan memperketatkan syarat kelayakan kepada penerima dianggap zalim dan seolah menafikan hak golongan asnaf mendapatkan bantuan.

"Dengan lambakan asnaf ia memerlukan dana zakat yang tinggi namun kita tidak akan berbuat demikian (perketat syarat kelayakan). Golongan ini harus dibantu.

"Apa yang boleh dilakukan oleh LZS adalah mengikut kaedah maqasid syariah, memberikan bantuan mengikut keutamaan keperluan daruriyyat (terdesak) diikuti hajiyyat (umum) dan tahsiniyyat (apa yang patut)," katanya mengulas pertambahan penerima bantuan persiapan Ramadan dan Hari Raya, tahun ini.

Beliau berkata demikian pada program bantuan Ramadan dan hari raya kepada asnaf, fakir miskin, mualaf negeri Selangor 2019 yang dirasmikan oleh Timbalan Speaker DUN Selangor, Dr Daroyah Alwi di Dewan Alwi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) hari ini.

Daroyah (tengah) bergambar bersama penerima di Dewan Alwi, FRIM hari ini.
Daroyah (tengah) bergambar bersama penerima di Dewan Alwi, FRIM hari ini.



Sejumlah 54,509 penerima melibatkan agihan sebanyak RM26. 3 juta disalurkan kepada asnaf, fakir miskin dan mualaf tahun ini berbanding 48,000 orang atau RM24 juta tahun lepas.

Abdul Basith berkata, bantuan pembayar zakat diperlukan untuk membolehkan agihan kepada penerima berterusan.

Artikel Berkaitan:

"Ramai beranggapan LZS dalam keadaan mewah dengan kutipan zakat tahun lepas mencecah RM800 juta tetapi keperluan sebenar agihan adalah tinggi mencecah RM900 juta.

"Oleh itu, saya merayu kepada pembayar zakat yang mahu menunaikan kewajipan berzakat keluar dari Selangor untuk mengkaji semula keperluan tersebut," katanya.

Jelasnya, mengaut rezeki di Selangor tetapi tak mahu membayar zakat di negeri sama adalah satu kezaliman kepada asnaf di Selangor.

"Bantu dan sokonglah LZS dan Insya-ALLAH setiap kutipan yang diterima akan diagihkan dengan sempurna dan memberikan manfaat kepada yang memerlukan,"katanya.

#FRIM #kepong KEPONG - Lembaga Zakat Selangor (LZS) melakukan pemutihan dan semakan kelayakan secara tahunan bagi memastikan bantuan zakat disalurkan hanya kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid berkata, peningkatan penerima bantuan setiap tahun dipengaruhi faktor Selangor sebagai tempat tumpuan mencari rezeki, masalah ekonomi, pendapatan dan tanggungan. [Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/25639/EDISI/Selangor-KL/LZS-buat-pemutihan-semakan-kelayakan-penerima-bantuan] Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor/KL NORAFIZA JAAFAR

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, April 27, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!