Seorang maut, enam cedera dalam nahas MPV

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah MPV selepas terbabas dan terbalik di Kilometer 43.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Pasir Gudang, pada Ahad.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah MPV selepas terbabas dan terbalik di Kilometer 43.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Pasir Gudang, pada Ahad.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang pemuda maut manakala enam lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.2 Lebuhraya Senai-Desaru dekat sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Subri Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4.24 petang.

Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu utiliti Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan berlaku semasa MPV Proton Exora dinaiki sembilan orang itu dari arah Cahaya Baru ke Bandar Penawar, Kota Tinggi. MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas di tepi jalan sebelum terbalik.

"Kemalangan itu menyebabkan seorang mangsa, PR Rajeshwaran, 33, cedera dan tersepit di bahagian bawah kereta. Pihak bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas.

Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, seorang lelaki dewasa dan lima perempuan dewasa berusia antara 15 sehingga 53 tahun cedera tetapi tidak tersepit manakala dua lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau memberitahu, operasi mangsa tamat pada jam 5.35 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!