Cuaca panas
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan keadaan cuaca panas berlaku di rantau negara terutamanya di Semenanjung Malaysia dan menunjukkan peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celcius iaitu pada Tahap 1 (Berjaga-jaga).
Keadaan cuaca panas berkenaan dijangka akan berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang iaitu sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.
Cuaca panas yang panjang bukan sahaja mengakibatkan tanah, rumput dan tumbuhan menjadi kering termasuk kehidupan harian manusia turut terjejas kerana suhu panas yang melampau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!