Switzerland ganti Rusia ketuai Majlis Keselamatan PBB
MOSCOW - Switzerland menggantikan Rusia sebagai presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama sebulan mulai 1 Mei.
Negara kecil itu merancang untuk menerajui organisasi keselamatan global terbabit dalam mempromosikan keamanan berkekalan dan perlindungan yang lebih baik buat orang awam, lapor Sputnik.
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov sebelum ini mempengerusikan perbahasan pleno negara-negara UNSC pada April yang memberi tumpuan kepada multilateralisme dan proses damai Timur Tengah. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!