Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo meninggal dunia
SYDNEY - Hos yang juga juri program memasak televisyen popular, MasterChef Australia, Jock Zonfrillo meninggal dunia pada usia 46 tahun.
Berita menyedihkan itu diumumkan keluarga mendiang dalam satu kenyataan di media sosial pada Isnin.
Zonfrillo yang berdarah kacukan Scotland-Australia dan bapa empat anak dilaporkan ditemui mati oleh polis di Melbourne.
Zonfrillo dilahirkan di Glasgow, Scotland pada 4 Ogos 1976 dan mendapat latihan sebagai cef di United Kingdom (UK) sebelum berpindah ke Australia pada awal 2000.
Ketika Menetap di Adelaide, Zonfrillo membuka Restoran Orana yang terkenal pada 2020 dan memenangi pelbagai anugerah.
Malah, Zonfrillo tersenarai sebagai cef terkemuka di Australia.
Mendiang kemudian beralih karier ke televisyen dengan menjadi juri tetap MasterChef Australia untuk musim ke-12.
Sebelum itu, mendiang menjadi juri jemputan untuk musim ke-10 dan ke-11. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!