Israel robohkan kampung Palestin untuk kali ke-216

Tentera Israel sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev di Tebing Barat pada Isnin. Gambar fail.
Tentera Israel sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev di Tebing Barat pada Isnin. Gambar fail.
A
A
A

JERUSALEM - Tentera Israel sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev di Tebing Barat pada Isnin.

Tentera Israel bertindak menyerbu dan memusnahkan perkampungan itu buat kali ke-216, ahli Jawatankuasa Pertahanan al-Araqib, Aziz al-Touri memberitahu Anadolu.

Al-Touri menegaskan bahawa penduduk kampung bertekad untuk membina semula kediaman mereka sekali lagi, setiap kali dimusnahkan oleh tentera Israel.

Rumah di Al-Araqib yang didiami oleh 22 keluarga Palestin itu diperbuat daripada kayu, plastik dan besi.

Perkampungan itu mula dimusnahkan pada 2010.

Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa tapak perkampungan itu merupakan "rizab negara."

Pihak berkuasa Israel berusaha merampas tanah dan mengusir penduduknya, dengan berpuluh-puluh kampung menghadapi ancaman yang sama di kawasan Negev. - Bernama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!