Benteng Tottenham perlu 'cakap serupa bikin'

Harry Kane
Harry Kane
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur perlu membuktikan kesungguhan mengetatkan bahagian pertahanan selepas tewas 3-4 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield.

Itu tegas Kapten Tottenham Hotspur, Harry Kane selepas melihat kebangkitan kelab London daripada ketinggalan tiga gol bagi menyamakan kedudukan sebelum kealpaan pertahanan menyaksikan pasukan pelawat berputih mata.

Katanya, persembahan Tottenham pada peringkat awal perlawanan menunjukkan pasukan pelawat tidak belajar untuk meningkatkan tahap prestasi.

"Ia bukan kali pertama berlaku musim ini. Jadi saya ingin tegaskan di sini bahawa kami perlu mula memahami perlawanan besar dengan lebih baik.

“Kami menunjukkan bahawa pasukan ini boleh kembali semula dalam permainan, dan membuktikannya di Anfield, ia menunjukkan kemampuan sebenar kami, namun sejujurnya hanya untuk permulaan.

"Hanya terdapat begitu banyak perkataan yang boleh anda gunakan, intinya untuk perlawanan ini, anda perlu pergi ke sana dengan tenang," katanya.

Liverpool mendahului 3-0 dalam masa 15 minit di Anfield sebelum Tottenham menambat tuan rumah kembali 3-3.

Bagaimanapun, gol masa kecederaan Diogo Jota membolehkan kelab Merseyside itu berpesta meraikan kemenangan 4-3.

Sebagai rekod, Tottenham bolos lima gol dalam 21 minit ketika kekalahan 1-6 kepada Newcastle United, ketinggalan selepas hanya tujuh minit ketika seri 2-2 dengan Manchester United Khamis lalu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!