Kudermetova beri bayangan cabut logo penaja

Veronika Kudermetova
Veronika Kudermetova
A
A
A

BINTANG tenis jelita Rusia, Veronika Kudermetova akan mengeluarkan logo penaja Rusia, Tatneft daripada kitnya supaya dia boleh bertanding di Wimbledon tahun ini.

Wimbledon sebelum ini mengharamkan pemain Rusia dan Belarus pada 2022 berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Namun pada Mac lalu, penganjur kejuaraan Grand Slam itu akan menerima mereka sebagai atlet neutral untuk kejohanan tahun ini.

Penganjur kejohanan berkata, pemain dilarang menyatakan sokongan terhadap pencerobohan itu dan tidak boleh menerima pembiayaan daripada Rusia atau Belarus.

Penaja Kudermetova, Tatneft yang merupakan sebuah syarikat minyak dan gas telah dikenakan sekatan Kesatuan Eropah (EU) pada Jun lalu.

“Saya tahu untuk Wimbledon, ia tidak dibenarkan bermain dengan lencana dari Rusia.

“Jika saya mahu bermain Wimbledon, saya perlu menanggalkan lencana itu,” kata Kudermetova kepada pemberita di Terbuka Madrid pada Isnin.

Kudermetova, yang akan menentang Jessica Pegula pada suku akhir di Madrid, antara beberapa pemain Rusia dan Belarus menandatangani pengisytiharan peribadi yang akan membolehkan mereka bersaing sebagai pemain neutral di Wimbledon.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!