'KJ dan Shahril layak jadi PM wakili DAP' - Kian Ming
SHAH ALAM - Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan patut menyertai DAP kerana parti itu memerlukan calon Perdana Menteri.
Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata demikian ketika menjawab soalan Khairy sama ada beliau patut menyertai DAP.
"Kamu berdua sesuai untuk isi jawatan tersebut," katanya menerusi Program Podcast Keluar Sekejap episod 15 pada Selasa.
Jawapan tersebut kemudian disambut dengan ketawa Shahril.
Pada 28 Januari lepas, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat daripada UMNO serta-merta.
Selain Khairy, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!