Anwar janji terus bangunkan negara

Anwar ketika menyampaikan ceramah pada program Bicara Perdana di Padang Siam di sini malam ini.
Anwar ketika menyampaikan ceramah pada program Bicara Perdana di Padang Siam di sini malam ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjanji akan terus bangunkan negara dan membantu rakyat apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke lapan kelak.

Anwar berkata, sebagai pimpinan negara tanggungjawab memastikan negara maju dan dihormati perlu dalam usaha memulihkan kerajaan yang pernah jatuh dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Saya akan terus membela nasib rakyat dan negara apabila menjawat jawatan itu namun kini biarlah Tun Dr Mahathir Mohamed yang mentadbir melalukan perubahan dalam kerajaan kini.

"Martabat bangsa dan agama Islam akan terus dipertahankan dan isu berkaitan rasuah dapat dibanteras,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Program Bicara Perdana di Padang Siam di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dan Pengerusi PH Kelantan, Datuk Husam Musa.

Anwar menambah, walaupun kini PH sering menerima tohmahan dan kritikan,namun perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan agama akan terus dipelihara dan tidak akan tergadai dan dirosakkan.

"Kerajaan PH akan sentiasa berusaha dengan sedaya upaya bagi memulihkan negara yang sebelum ini pernah dirosakkan oleh kerajaan terdahulu.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, penyokong Pas perlu memikirkan adakah kerjasama dengan Umno dapat membawa negara ke arah yang lebih baik.

"Bukan mahu bermusuh dengan Pas, namun perkara itu perlu difikirkan semula memandangkan banyak kepincangan berlaku dalam UMNO sebelum ini dan kerjasama itu mungkin ada agenda tertentu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!