Remaja perempuan hilang ditemui di rumah rakan

Vijaya Rao ( Remaja berusia 17 tahun yang dilapor hilang minggu lalu dijumpai di rumah rakannya di Perak pada Selasa. - Foto Tular Facebook)
Vijaya Rao ( Remaja berusia 17 tahun yang dilapor hilang minggu lalu dijumpai di rumah rakannya di Perak pada Selasa. - Foto Tular Facebook)
A
A
A

KLANG - Remaja perempuan berusia 17 tahun yang hilang dari kediaman mereka di Meru minggu lalu akhirnya ditemui di kediaman rakannya di Hutan Melintang, Perak pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, aduan kehilangan remaja itu diterima pihaknya pada jam 3.57 petang Sabtu lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja terbabit yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) itu telah tiga kali melarikan diri dari rumah.

"Hasil maklumat awam, mangsa telah dijumpai oleh keluarganya di rumah rakannya di Hutan Melintang, Perak pada tengah hari tadi (Selasa) dalam keadaan baik dan sihat.

"Bagaimanapun, pihak polis akan membuat pemeriksaan terhadap mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sekiranya terdapat perbuatan jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, media tempatan melaporkan Nur Adriana Natasya disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 5 pagi, 28 April lalu.

Remaja yang mesra di sapa Yana itu didapati keluar dengan sehelai sepinggang dan hanya membawa telefon bimbit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!