Arsenal tenang 'sepak' Manchester City dari singgahsana EPL

Odegaard antara pencetak gol Arsenal ketika mengalahkan Chelsea di Stadium Emirates.
Odegaard antara pencetak gol Arsenal ketika mengalahkan Chelsea di Stadium Emirates.
A
A
A

DUA gol daripada Martin Odegaard, diikuti jaringan ke-10, Gabriel Jesus musim ini telah mengembalikan semula status Arsenal sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 3-1 ke atas Chelsea.

Biarpun Chelsea berusaha kembali ke dalam permainan menerusi jaringan Noni Madueke, namun tiga gol awal yang diletuskan Arsenal di Stadium Emirates sudah cukup membunuh rentak kebangkitan pasukan pelawat.

Arsenal ternyata bermaharajalela pada separuh masa pertama, dengan dua jaringan daripada Odegaard pada minit ke-18 dan minit ke-31, meletakkan permainan dalam kawalan The Gunners.

Jesus kemudiannya menghukum Chelsea apabila tidak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan penyudah minit ke-34.

Pada awal separuh masa kedua, berjaya ditepis dan Kepa Arrizabalaga tampil cemerlang bermula dengan menepis tandukan Gabriel dan menafikan percubaan Granit Xhaka serta Bukayo Saka sebelum Madueke menjanakan satu gol untuk Chelsea minit ke-64.

Kemenangan ke-24 selepas 34 perlawanan membolehkan Arsenal menendang penyandang juara, Manchester City dari menerajui liga sementara biarpun lawan mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Mikel Arteta sebelum perlawanan telah membuat tiga perubahan susulan kekalahan 1-4 kepada penyandang juara Manchester City di Stadium Etihad pada 27 April lalu.

Jakub Kiwior diberikan permulaan pertamanya untuk kelab London itu, manakala Jorginho dan Leandro Trossard diturunkan ke dalam pasukan.

Rob Holding, Thomas Partey dan Gabriel Martinelli kali diletakkan di bangku simpanan.

Sementara itu, Frank Lampard hanya membuat dua pertukaran terhadap The Blues berikutan kekalahan 0-2 kepada Brentford pada minggu lalu, selain kembali memperkukuh empat pemain belakang.

Pierre-Emerick Aubameyang berada dalam kesebelasan utama pertama sejak November menentang kelab lamanya selain Madueke turut ditampilkan dalam perlawanan ini.

Conor Gallagher dan Trevoh Chalobah bermula di bangku simpanan, begitu juga Kai Havertz, yang diturunkan cukup cergas selepas kecederaan lutut.

Cabaran Arsenal seterusnya adalah berdepan kelab tenang dan santai, Newcastle United di Stadium St James's Park pada Ahad ini.

Bagaimanapun Manchester City mampu kembali memimpin liga sekiranya menang ke atas West Ham United di Stadium Etihad awal pagi Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!