[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini

Siti Bainun (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 8.20 pagi pada Rabu.
Siti Bainun (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 8.20 pagi pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sama ada dibebaskan atau disabit kesalahan atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, akan diketahui pada jam 10 pagi, di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Sekiranya Hakim Izralizam Sanusi mendapati wanita berusia 31 tahun ini tidak bersalah, dia akan dilepas dan dibebaskan serta-merta.

Andai kata mahkamah berpandangan sebaliknya, dia yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, bagi setiap pertuduhan.

Ada juga kebarangkalian sukarelawan ini dibebaskan atau disabitkan kesalahan bagi salah satu pertuduhan tersebut.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari dan Jun 2021.

Pada 25 November tahun sama, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu, di lokasi dan tarikh sama, mengikut peruntukan seksyen yang serupa.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh

ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun

ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!