PSG gantung Messi dua minggu
LIONEL Messi telah digantung oleh Paris St Germain (PSG) selama dua minggu selepas melakukan perjalanan tanpa kebenaran ke Arab Saudi, menurut laporan media antarabangsa.
Messi dilaporkan telah ke Arab Saudi selepas kekalahan PSG di tempat sendiri kepada Lorient pada Ahad tanpa kebenaran kelab.
Pemain berusia 35 tahun itu, yang berperanan sebagai duta pelancongan untuk Arab Saudi dijangka terlepas perlawanan menentang Troyes pada Ahad dan AC Ajaccio pada 13 Mei.
Dia juga dilaporkan tidak akan berlatih dengan kelab itu, atau dibayar selama dua minggu tempoh pergantungan itu.
Messi bermain selama 90 minit penuh selepas tewas 1-3 kepada Lorient yang menyebabkan PSG hanya berkelebihan lima mata di depan Marseille di kedudukan teratas Ligue 1.
Kapten Argentina itu telah menjaringkan 24 gol untuk kelabnya musim ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!