Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat

Siti Bainun (kiri) ketika tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Siti Bainun (kiri) ketika tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan pendakwaan bagi kes mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, memohon Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menjatuhi hukuman berat terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Ketika hujahan mitigasi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, pertuduhan terhadap Siti Bainun, 31, adalah serius.

“Hampir keseluruhan badan Bella, mengalami luka lecur dan terdapat beberapa parut yang mana ia akan kekal seumur hidupnya.

“Ia bukan sahaja mengundang kecederaan fizikal malah mahkamah perlu menjatuhi hukuman ke atas tertuduh kerana ia menjejaskan emosi mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, pembelaan bagi pihak pengasas Rumah Bonda itu, merayu agar Siti Bainun dikenakan hukuman ringan dengan alasan insaf atas perbuatan tersebut.

Peguam, Mohammad Farhan Maaruf berkata, anak guamnya perlu menjaga ibu malah dia hanya menjalankan perniagaan menjual kek.

“Jika hukuman pemenjaraan dikenakan terhadapnya, ia akan memberi impak ke atas kesihatannya.

“Hukuman penjara boleh digantikan dengan hukuman denda maksimum, sebagaimana yang terkandung dalam undang-undang,” katanya.

Mohammad Farhan berkata, amaun jaminan yang dimasukkan bagi menjamin kehadirannya di mahkamah termasuk kos tambahan adalah mencukupi untuk membayar denda maksimum jika dibenarkan oleh mahkamah.

Pihaknya juga memohon mahkamah pertimbang gerak kerja sosial Siti Bainun dalam bidang kebajian serta kesukarelawan.

Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 11.20 pagi ini sebelum memutuskan bentuk hukuman ke atas wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh

ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun

ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!