WEF beri amaran 14 juta pekerjaan akan hilang 5 tahun lagi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TORONTO - Gangguan besar akan berlaku dalam pasaran pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang apabila lebih banyak syarikat mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi global bertambah buruk, laporan Anadolu, lapor Anadolu, memetik laporan terbaharu Forum Ekonomi Dunia (WEF).

AI serta keadaan ekonomi dan sosial dijangka mengakibatkan 83 juta hilang pekerjaan, dengan hanya 69 juta pekerjaan diwujudkan menjelang 2027, menurut laporan yang diterbitkan pada Ahad itu.

Ia akan mengakibatkan kerugian bersih sebanyak 14 juta pekerjaan yang mewakili dua peratus daripada pekerjaan semasa.

Laporan itu menjangkakan hampir satu perempat daripada pekerja akan bertukar kerja, terutamanya disebabkan oleh kemunculan teknologi baharu.

Penggunaan teknologi dan akses digital yang lebih tinggi juga akan mewujudkan pertambahan pekerjaan bersih namun dengan pengimbangan yang lebih besar daripada kerugian.

Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, kekurangan bekalan dan inflasi turut menimbulkan risiko besar kepada pekerjaan.

Kemunculan AI akan mempertaruhkan banyak pekerjaan secara langsung apabila robot menggantikan manusia dalam beberapa keadaan.

Terdapat 26 juta pekerjaan penyimpanan rekod dan pentadbiran menjelang 2027, menurut WEF.

Menurut laporan itu, pada 2020, majikan percaya 47 peratus pekerjaan akan diautomasikan menjelang 2025.

Hari ini, mereka menjangkakan angka itu mencecah 42 peratus menjelang 2027. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!