Siti Bainun tenang biarpun diperintah ke penjara serta-merta
KUALA LUMPUR – Meskipun diperintah untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun secara serta-merta, riak wajah pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara.
Wanita berusia 31 tahun itu juga dilihat tenang ketika Hakim Izralizam Sanusi menyatakan tindakannya mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, dua tahun lalu sebagai kejam.
Ia berbeza dengan wataknya ketika di peringkat pendakwaan mahupun pembelaan, kerana sering menangis dari kandang tertuduh.
Insiden pertama berlaku pada 17 Jun 2022 apabila Bella sendiri hadir ke mahkamah untuk sesi pengecaman oleh tiga saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.
Dia juga menangis pada 24 November 2022, apabila diperintahkan untuk membela diri atas dua pertuduhan itu.
Paling menarik perhatian netizen apabila air matanya berguguran sekali lagi pada 16 Januari, apabila kesemua peguamnya daripada lima firma, menarik diri daripada mewakilinya.
Sejurus keputusan dibacakan, Siti Bainun yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju blaus kuning dan berseluar hitam memeluk ahli keluarga serta rakan-rakannya yang berada di galeri awam.
Mereka hiba kerana tidak menyangka Siti Bainun perlu menjalani hukuman penjara hari ini.
Berbeza pula dengan penyokong Bella apabila mereka meluahkan rasa syukur di atas keputusan tersebut.
Kedengaran laungan ‘ALLAHU Akbar’ selepas mahkamah memerintahkan Siti Bainun dibawa ke penjara.
Tidak menunggu lama, dia terus dibawa oleh anggota polis wanita sambil ditemani peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf ke kaunter Pesuruhjaya Sumpah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, untuk menandatangani dokumen berkaitan prosiding ini.
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun wajar dipenjara hari ini - Pendakwaan
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun mohon hukuman jel 12 tahun ditangguh
ARTIKEL BERKAITAN:Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
ARTIKEL BERKAITAN:Pertimbang saiz badan Siti Bainun sebelum jatuh hukum - Peguam
ARTIKEL BERKAITAN:Siti Bainun sudah insaf, rayu hukuman ringan - Peguam
ARTIKEL BERKAITAN:Pendakwaan mohon Siti Bainun dikenakan hukuman berat
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Bainun didapati bersalah abai, aniaya Bella
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kes Bella: Nasib Siti Bainun akan diketahui hari ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!