Bantuan khas Aidilfitri pegawai MKK, masjid dilewatkan 17 Mei

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

ALOR SETAR - Bantuan khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di Kedah yang sepatutnya dibayar pada 18 April lepas terpaksa dilewatkan kepada 17 Mei depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kelewatan bayaran itu adalah disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

"Jumlah bantuan yang diterima pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid yang meliputi imam, bilal dan siak itu juga akan ditambah RM100 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhannya yang akan diterima oleh mereka sebanyak RM300 seorang,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Pada 12 April lepas, kerajaan Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima yang terdiri daripada pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid di negeri ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!