Sindiket judi atas talian bernilai AS$1 bilion tumpas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

HANOI - VIETNAM. Polis Vietnam menumpaskan sindiket judi atas talian yang mengendalikan lebih AS$1 bilion (RM4.13 bilion) wang pertaruhan dan menahan 22 orang menurut laporan semalam.

Kes itu dipercayai kes perjudian atas talian terbesar pernah ditumpaskan di negara itu.

Serbuan besar-besaran dilakukan di seluruh negara minggu ini selepas penemuan ratusan akaun dikaitkan dengan sindiket tersebut mencecah AS$1.28 bilion (RM5.29 bilion) lapor akhbar Thanh Nien.

Operasi sindiket yang canggih dan rumit menyukarkan pihak berkuasa mengesannya, kata laporan yang memetik kenyataan sumber polis.

Modus operandi sindiket menghendaki kaki judi melawat laman sesawang Fxx88.com dan diminta memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank yang ditukar sebagai mata wang virtual untuk digunakan dalam perjudian bola sepak.

Penjenayah menyembunyikan kegiatan mereka dengan menggunakan akaun bank dengan wang sedikit untuk melakukan transaksi.

Setakat ini, 22 orang sudah ditahan termasuklah 12 penganjur kata polis.

Pihak berkuasa enggan memberikan butiran lanjut berhubung kes itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!