Bersediakah hadapi El Nino?

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memberi amaran tentang fenomena El Nino akan berkembang dalam tempoh beberapa bulan akan datang yang akan menaikkan lagi suhu global dan memecahkan rekod haba.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) menganggarkan terdapat 60 peratus kemungkinan El Nino berlaku menjelang akhir Julai dan angka itu meningkat kepada 80 peratus menjelang akhir September depan.

Corak iklim secara semula jadi itu yang biasanya dikaitkan dengan peningkatan haba di seluruh dunia dan kemarau di beberapa bahagian serta hujan lebat di kawasan lain direkodkan kali terakhir berlaku pada 2018-2019.

Sejak 2020, dunia dilanda fenomena berlawanan, La Nina untuk tempoh yang agak panjang yang berakhir pada awal tahun lalu.

Tahun 2016 adalah yang paling panas dalam rekod ‘double whammy’ yang merupakan impak El Nino paling dahsyat. - Foto Agensi
Tahun 2016 adalah yang paling panas dalam rekod ‘double whammy’ yang merupakan impak El Nino paling dahsyat. - Foto Agensi

"La Nina bertindak sebagai 'brek sementara' terhadap peningkatan suhu global. Perubahan kepada El Nino akan membawa kepada peningkatan baharu dalam pemanasan global," kata Ketua WMO, Petteri Taalas.

WMO juga memaklumkan, 2016 merupakan tahun paling panas dalam rekod 'double whammy' yang merupakan impak El Nino paling dahsyat berpunca daripada kesan Rumah Hijau.

"Dunia perlu bersedia hadapi El Nino. Kesan yang paling ketara adalah pada 2024," ujar Taalas merujuk kepada impak fenomena itu yang biasanya berlaku setahun selepas kemunculannya.

Menurutnya, fenomena yang dikaitkan dengan pemanasan suhu permukaan di tengah dan timur Lautan Pasifik itu boleh mencetuskan lebih banyak cuaca ekstrem dan iklim luar biasa.

"Kita memerlukan sistem amaran awal untuk memastikan setiap individu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," jelasnya. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!