Cuaca panas: KPM arah tangguh aktiviti luar bilik darjah

Kesemua institusi pendidikan bawah KPM diminta menangguhkan terlebih dahulu aktiviti luar melibatkan pelajar, guru dan pensyarah berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan melanda negara. - Foto Bernama
Kesemua institusi pendidikan bawah KPM diminta menangguhkan terlebih dahulu aktiviti luar melibatkan pelajar, guru dan pensyarah berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan melanda negara. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kesemua institusi pendidikan bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diminta menangguhkan terlebih dahulu aktiviti luar melibatkan pelajar, guru dan pensyarah berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurut beliau, aktiviti tersebut termasuk merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.

“Saya menghargai segala usaha dan keprihatinan seluruh warga kementerian di semua peringkat demi kesihatan dan kesejahteraan pelajar serta murid,” ujarnya dalam satu ciapan di Twitter pada Jumaat.

Baru-baru ini, KPM tersebut turut memberikan kelonggaran khas kepada para pelajar dan guru untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Jelasnya, pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!