Karihome susu kambing terbaik
MINUMAN susu yang paling digemari oleh Rasulullah SAW ialah susu kambing. Seperti dalam kisah Abdullah bin Mas’ud yang menjadi penggembala kambing milik Uqbah bin Mu’aith, baginda dikatakan akan minum susu kambing sebaik ia diperah.
Dalam kajian yang dijalankan oleh seorang pengkaji dari Universiti Granada, Dr Javier Díaz Castro pula mendedahkan, susu kambing lebih bermanfaat untuk kesihatan.
Castro dalam penyelidikannya bertajuk Kajian Baharu Mengenai Susu Kambing berkata, susu kambing ternyata membantu pencernaan dan mencegah osteoporosis.
Sementara, menurut penyelidik Tetsu Johke & Takashi Goto, susu kambing mengandung jumlah nukleotida semula jadi yang dapat meningkatkan sistem imun badan.
Ternyata, dari perspektif Islam mahupun saintifik, susu kambing sangat bagus diminum lantaran mengandungi variasi manfaat yang luar biasa.
Jadi, tidak hairanlah, jenama susu kambing dari New Zealand, Karihome, kini, telah menjadi fenomena dan menjadi pilihan utama ibu-ibu yang sedang membesarkan cahaya mata mereka.
Pilihan selebriti
Pelakon drama KL Gangster Underworld, Ezzaty Abdullah, 29, antara ibu di Malaysia yang memilih jenama Karihome untuk zuriat pertamanya, Harum Dalia Mohamad Al-Azwan atau Harum yang kini berusia satu tahun empat bulan.
Kepada Femina, Ezzaty memberitahu, beliau dan suaminya yang juga seorang pelakon, Azwan Kombos tercari-cari susu yang terbaik buat Harum.
"Saya sememangnya seorang ibu yang mementingkan pemakanan dan susu yang terbaik buat tumbesaran Harum. Kemudian, saya mengetahui jenama Karihome daripada saudara-mara.
"Saya dan suami kemudian melakukan penyelidikan menerusi laman internet. Kami membaca terlalu banyak maklum balas yang positif daripada pengguna lain mengenai Karihome, jadi, tanpa mengambil masa panjang, kami putuskan untuk mendapatkan jenama hebat ini demi anak sulung kesayangan kami," katanya ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Perkembangan positif
Pada awalnya, Ezzaty berkata, beliau seperti ibu-ibu lain yang bimbang dengan penolakan Harum terhadap susu berkenaan.
"Alhamdulillah, Harum memberi tindak balas yang baik apabila dia menunjukkan minatnya terhadap susu kambing Karihome yang mempunyai kalsium yang tinggi itu," katanya sambil memberitahu anaknya mula diberi minum jenama itu ketika berusia setahun.
Beliau memilih Karihome Goat's Milk Growing-Up Formula (Step 3) yang berharga RM113 (900 gram).
Karihome merupakan susu kambing formula dari New Zealand. Ia dihasilkan oleh Dairy Goat Co-operative (NZ) Ltd, sebuah koperasi milik petani di New Zealand yang menghasilkan rumusan susu kambing untuk 27 negara lain seperti Australia, United Kingdom, Sepanyol dan lain-lain.
Apa perubahan paling ketara pada si kecil itu? Ezzaty dengan nada teruja berkata, Harum bertukar menjadi seorang kanak-kanak yang lebih aktif, cergas dan ceria.
Dari aspek penilaiannya selebriti itu juga, anaknya jarang mendapat sakit dan batuknya juga berkurangan.
"Kepetahannya berkomunikasi juga mengalahkan kanak-kanak yang sebaya usianya," ujarnya.
Melihat kepada perkembangan positif itu, wanita jelita itu berkata, beliau tanpa was-was akan meneruskan pengambilan rumusan susu kambing Karihome.
"Meskipun Step 3 tiada perisa, namun anak saya menunjukkan minatnya terhadap susu ini. Dia tak pernah tolak.
"Sehari dia minum dua hingga tiga kali, anggaran dalam 12 hingga 18 ounce (oz). Satu tin Karihome dihabiskan dalam tempoh 10 hari sahaja," katanya.
Kualiti terjamin
Menariknya lagi, Ezzaty berkata, susu jenama Karihome tidak seperti susu lain yang berbau hamis. Justeru, pemegang watak utama filem Kau Takdirku menyarankan agar ibu-ibu di Malaysia mengikut jejak langkahnya dengan mengkonsumsi susu berkenaan untuk anak masing-masing.
Sesungguhnya, Karihome merupakan susu kambing berkualiti tinggi ekoran penghasilannya melalui prosedur yang ketat bermula daripada pengumpulan susu di ladang hingga ke pembuatan akhir iaitu pembungkusan produk.
Susu itu juga diproses dengan teliti bagi mengekalkan kekayaan kandungan semula jadi susu kambing seperti asid lemak tidak tepu, nutrien semula jadi dan vitamin.
Susu Karihome juga dihasilkan di ladang sendiri di New Zealand dengan sistem ragut bebas yang unik. Hal itu membolehkan susu yang dihasilkan kambing kaya dengan kandungan bioaktiviti semula jadi seperti asid linoleik konjugat, kasein fosfopeptida, asid sialik dan nukleotida.
Justeru, apa tunggu lagi? Kepada ibu-ibu sekalian, jadikan susu kambing Karihome sebagai pilihan demi tumbesaran anak-anak anda. Jenama ini juga mudah didapati di pasar raya tempatan.
Beberapa jenis rumusan susu kambing untuk kegunaan kanak-kanak:
Karihome Step 3 - untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun.
Karihome Step 4 - untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.
Karihome Whole Goat Milk Powder - untuk usia 7 tahun ke atas (dewasa dan warga emas)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!