Lebih 180 penerbangan ke Pulau Jeju dibatalkan
JEJU - Lebih 180 penerbangan yang tiba dan berlepas dari Pulau Jeju di selatan Korea Selatan, dibatalkan pada Jumaat ekoran hujan lebat dan angin kencang, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.
Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju melaporkan pembatalan 183 penerbangan domestik sehingga jam 8 pagi, katanya.
Pihak berkuasa menjangkakan operasi syarikat penerbangan akan disambung semula pada kira-kira jam 1 tengah hari, lapor agensi berita Yonhap.
Pihak berkuasa cuaca telah mengeluarkan amaran angin kencang dan perubahan mendadak arah angin sejak Khamis dengan 243 penerbangan dibatalkan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!