Remaja Orang Asli maut langgar lembu

Remaja Orang Asli maut selepas dipercayai seekor lembu melintas mengakibatkan tiga kenderaan terbabit dalam satu kemalangan di KM 5 Jalan Chini-Kuantan pada Khamis.
Remaja Orang Asli maut selepas dipercayai seekor lembu melintas mengakibatkan tiga kenderaan terbabit dalam satu kemalangan di KM 5 Jalan Chini-Kuantan pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN – Seorang remaja Orang Asli maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan dipercayai berpunca daripada seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer (KM) 5 Jalan Chini-Kuantan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu seorang suri rumah, 34, dan dua buah motosikal di kawasan terbabit.

Menurutnya, laporan berhubung kejadian itu diterima kira-kira jam 3.50 petang.

“Mangsa yang dikenali sebagai Arizal Arifin, 17, dilaporkan menunggang motosikal milik bapanya menghala ke Chini dari arah Kuantan dan sebuah sebuah lagi motosikal di laluan sama.

"Siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila dua buah motosikal tersebut terlanggar seekor lembu yang menyeberang dari kanan ke kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan kemalangan itu, remaja yang masih bersekolah itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambahnya, penunggang dan pembonceng motosikal kedua hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!