Hidup lebih sejahtera dengan OGAWA MAESTRO

A
A
A

Majlis Perasmian OGAWA MAESTRO dihadiri oleh Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong (kiri), Pengurus Kanan A&P 1 Utama Shopping Centre, Chai Ai Ping (dua kiri), Pengarah Eksekutif & CEO OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling (tiga kiri), Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Prof. Ir. Dr Kaharudin Dimyati (tiga kanan), Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, Ir. Dr Nasrul Anuar Abd Razak (dua kanan) dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, Profesor Madya. Ir. Ts. Dr Lai Khin Wee (kanan).

SHAH ALAM - Jenama kerusi urut terkemuka, OGAWA melancarkan produk terbaharu mereka iaitu OGAWA MAESTRO yang dikuasakan dengan teknologi OVERSEER.

Bertemakan slogan ‘Menerajui masa depan kesejahteraan’, kerusi urut inovatif yang menyediakan pengalaman urut yang sempurna dengan menggabungkan sentuhan, penglihatan, pendengaran, dan deria bau, difasilitasi oleh sistem kawalan AI yang dipanggil OVERSEER.

Pengarah Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling, berkata, kerusi urut ini merupakan yang pertama menggabungkan rangsangan multisensori (MSS) dalam menyediakan pengalaman urut yang benar-benar menyeluruh.

“Teknologi ini menggunakan terapi cahaya merah untuk meningkatkan kualiti tidur, terapi ion negatif untuk menguatkan imuniti, dan terapi muzik dengan rentak binaural untuk menggalakkan relaksasi dan mengurangkan tekanan.

“Sistem kawalan AI OVERSEER menggunakan algoritma canggih untuk mengesan keadaan tubuh setiap kali seseorang duduk, mencipta program adaptif yang memilih ciri urut tersesuai untuk individu tersebut untuk menghilangkan tekanan dan membaik pulih,”katanya dalam Majlis Perasmian OGAWA MAESTRO, di sini, kelmarin.

LIM MEE LING
LIM MEE LING

Menurutnya, Teknologi AI generasi seterusnya ini berfokus pada kesejahteraan fizikal dan mental dan direka untuk mengurangkan masalah zaman moden seperti tekanan kerja, diet yang tidak sihat, dan penggunaan komputer yang berpanjangan.

“OGAWA MAESTRO mempunyai sensor ketepatan dan pengesan keletihan AI untuk memberikan pengalaman urut yang tepat dan peribadi. Ia menampilkan roller 4D thermo yang boleh dipanaskan hingga 50 darjah celcius dalam 2.5 minit, kotak gear 4D yang mensimulasikan sentuhan seperti manusia, dan urutan betis 3D untuk penjagaan kaki yang menyeluruh.

“Kerusi ini juga dilengkapi pemproses mikro Jepun M.5 Gen™ untuk mencapai prestasi yang optimum, bersama dengan teknologi pengesanan titik acupoint untuk pengesanan titik akupresur yang tepat,”katanya.

Datuk Lim Mee Ling (kiri) dan Leong Boon Hong (kanan) mewakili OGAWA untuk memberikan plak penghargaan kepada Pengurus Kanan A&P Pusat Beli-belah 1 Utama, Chai Ai Ping (dua kiri) dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Prof. Ir. Dr Kaharudin Dimyati (dua kanan).

Terapi tekanan udara kerusi akan membimbing pengguna untuk bernafas dalam, tenang, dan semula jadi, memberikan faedah yoga tanpa perlu meninggalkan kerusi.

Suite kawalan AI baharu OVERSEER ini telah diasah untuk mengimbangi keperluan tubuh pengguna dengan pengalaman urut yang diinginkan dan menyediakan pengalaman tanpa sentuhan dan mudah dioperasi melalui arahan suara.

Penyelidikan OGAWA bersama Universiti Malaya yang berterusan bertujuan untuk memperbaiki masa depan kesejahteraan untuk semua. Projek penyelidikan yang pertama ini menunjukkan bahawa Program Auto OGAWA M6 Deep Tissue membawa kesan peningkatan sebanyak 81 peratus dalam peredaran darah.

Seterusnya, Program Auto OGAWA M6 Sweet Dream mencatatkan peningkatan yang mengagumkan sebanyak 88 peratus dalam kualiti tidur dan kecekapan.

Pembentangan produk oleh Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong.
Pembentangan produk oleh Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong.

Dengan mengalakkan lebih banyak kerjasama di masa hadapan, inisiatif-inisiatif ini mewakili peluang untuk meneroka lebih jauh, menginovasi dan memajukan faedah terapi urutan dan kesejahteraan.

Melalui inovasi berterusan sejak 1996, OGAWA MAESTRO dikuasakan oleh OVERSEER merupakan sebuah kerusi urut canggih yang menggabungkan teknologi terkini dengan ciri-ciri urut yang menyeluruh, menjadikannya solusi yang sempurna bagi mereka yang mencari pengalaman kesejahteraan yang benar-benar holistik dan praktikal.

Orang ramai boleh mengikuti laman sosial OGAWA (Facebook, Instagram, YouTube) dan laman web untuk maklumat terkini mengenai produk OGAWA.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!