Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Tertembak rakan: Lelaki dipenjara 12 bulan, denda RM2,000

A
A
A

BERITA SEMASA 5 MEI 2023

Seorang lelaki yang tertembak rakannya disangka seekor kijang ketika mereka sedang berburu pada bulan lalu, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau, Jempol, Negeri Sembilan pada Jumaat, lapor wartawan wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Majistret Norhazwani Ishak membuat keputusan itu selepas tertuduh, Amran Abd Radzak mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas dengan melakukan satu perbuatan cuai yang tidak terjumlah kepada homisid salah, kira-kira jam 3 pagi di dalam kawasan Hutan Muka Sauk, Kuala Klawang, di Jelebu, pada 24 April lalu.

Majistret turut memerintahlan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Artikel: https://bit.ly/425exhV

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian