Guardiola waspada muslihat Allardyce di Etihad

Pep Guardiola. - Foto AFP
Pep Guardiola. - Foto AFP
A
A
A

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City menjangkakan tentangan sengit Leeds United apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadium Etihad pada Sabtu.

Malah, pengendali The Citizens, Pep Guardiola menegaskan pengalaman Sam Allardyce dalam saingan liga teratas menjadi cabaran kepada pasukan tuan rumah.

“Ya, sudah pastinya satu perlawanan sukar, tambahan pula kehadiran Allardyce sebagai pengurus bagi mengelak penyingkiran.

“Semua tahu dia mempunyai karisma dan pengalaman yang akan memberi tekanan kepada pemain.

“Paling penting, dia tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan pasukannya dalam perlawanan penting ini,” kata pengendali berusia 52 tahun itu yang mengakui usia bukan faktor untuk menjadi pengurus yang baik.

Allardyce, 68 tahun dilantik menggantikan Javi Gracia yang dipecat sebelum ini untuk mengharungi empat perlawanan terakhir liga.


LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (6 MEI)

Bournemouth lwn Chelsea, 10 malam

Manchester City lwn Leeds United, 10 malam

Wolves lwn Aston Villa, 10 malam

Tottenham Hotspur lwn Crystal Palace, 10 malam

AHAD (7 MEI)

Liverpool lwn Brentford, 12.30 tengah malam

Newcastle United lwn Arsenal, 11.30 malam

ISNIN (8 MEI)

West Ham United lwn Manchester United, 2 pagi

Fulham lwn Leicester City, 10 malam

SELASA (9 MEI)

Brighton lwn Everton, 12.30 tengah malam

Nottingham Forest lwn Southampton, 3 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!