Fahmi nafi terlibat skim pelaburan patuh syariah
Fahmi Fadzil - Foto Bernama
A
A
A
Menteri KKD, Fahmi Fadzil menafikan terbabit dalam skim pelaburan patuh syariah termasuk mempromosikannya seperti poster yang tular di media sosial.
Fahmi menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mempromosikan mana-mana skim pelaburan di samping telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk tindakan lanjut.
"Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan iklan palsu dan pelaburan yang berunsurkan penipuan dalam talian menerusi portal aduan di pautan https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!