Leeds perlu lebih 'kejam' di Manchester City

Sam Allardyce
Sam Allardyce
A
A
A

LEEDS United perlu mempamerkan prestasi pertahanan terbaik musim ini jika berhasrat mengambil mata daripada Manchester City dalam usaha mengekalkan status Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali sementara Leeds, Sam Allardyce mengakui kelab itu berdepan ujian pertama mengelak penyingkiran selepas kelab Yorkshire itu memecat Javi Gracia.

“Kami harap dapat mencari satu atau dua ruang untuk menimbulkan masalah kepada Manchester City.

“Malah paling penting kami tidak boleh melepaskan sebarang peluang, sebaliknya perlu lebih kejam dan klinikal selain pertahanan pasukan perlu menjadi yang terbaik musim ini.

“Ya, pertahanan agak lemah, tetapi kami akan cuba meletakkan bahagian pertahanan kembali di landasan yang betul," Allardyce berusia 68 tahun, yang tidak pernah diturunkan dari EPL sehingga ketika bersama West Bromwich Albion dalam tugas terakhirnya.

Sebagai rekod, Leeds berada di tempat ke-17, di luar zon penyingkiran dengan perbezaan gol, dan berjaya meraih satu mata daripada lima perlawanan terakhir.

Mengenai kawasan masalah yang perlu ditanganinya, Allardyce berkata: “Dalam penguasaan bola, saya sentiasa melihat mereka sangat bagus, namun daripada penguasaan bola baru-baru ini, seperti yang semua orang boleh lihat melalui jaringan yang mereka bolos, sesuatu yang diperbaiki segera.

“Kami perlu mengimbangi kedua-duanya. Teruskan dengan cara anda bermain dalam penguasaan bola, mencipta peluang, namun pastikan apabila anda kehilangan bola anda menyekat pintu terbuka. Jika anda tidak melakukannya menentang Manchester City, anda akan berdepan masalah besar.

“... Saya mahu pemain menunjukkan kami telah membuat perubahan dan mereka cukup bersemangat untuk terus berjuang sehingga ke penghujungnya,” kata Allardyce.

Sementara itu, Leeds akan beraksi tanpa Stuart Dallas, Tyler Adams, Liam Cooper dan Luis Sinisterra apabila berkunjung ke Manchester City.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!