Ibu, anak maut dirempuh kereta

No Image Caption
A
A
A

BALING - Seorang ibu bersama seorang anaknya maut dirempuh Proton Waja di KM64.1 Jalan Kulim/Baling/Gerik, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu mengorbankan penunggang motosikal Modenas Kriss, Firdaus Haron, 35, dan pembonceng Nor Alisa Sazrin berusia 9 tahun.

Firdaus merupakan pembantu kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Jenis Cina (SJKC )Yeok Chee Baling manakala Nor Alisa adalah murid Sekolah Rendah Syed Sheikh Kupang.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, pihak polis menerima aduan berhubung kejadian jam 12.45 tengah hari.

Menurutnya, siasatan mendapati kereta Proton Waja dari arah Kulim menghala ke Gerik.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal berkenaan telah keluar dari simpang Kampung Sadek yang berada di sebelah kiri jalan.

"Ia mengakibatkan Proton Waja terlangggar di bahagian hadapan sebelah kanan motosikal," katanya.

Beliau berkata, dua beranak beralamat Kampung Bendang Becah itu maut di tempat kejadian manakala pemandu serta dua penumpang kereta dari Gerik tidak alami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani bagi bedah siasat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!