Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemui terapung

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Tambun Tulang di sini petang Sabtu. - Gambar haisan
Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Tambun Tulang di sini petang Sabtu. - Gambar haisan
A
A
A

KANGAR - Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Tambun Tulang di sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mayat itu ditemukan tanpa baju dan hanya berseluar panjang berwarna kuning oleh anggota dari Balai Polis serta Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Empat pada kira-kira jam 3 petang.

"Mangsa dipercayai berumur dalam lingkungan 30 tahun dan identitinya masih belum dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri pada tubuh serta pakaian," menurutnya dalam kenyataan malam Sabtu.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang kenderaan.

"... penduduk setempat tidak mengenali mangsa dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar Kedah untuk bedah siasat," katanya.

Kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!