Newcastle harus lebih disiplin layan Arsenal
NEWCASTLE United mesti lebih berdisiplin jika ingin memastikan kelab itu kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Malah Pengendali The Magpies, Eddie Howe menuntut pemainnya supaya lebih fokus kepada persembahan dalam baki perlawanan Liga Perdana Inggeris.
“Sepanjang musim kami tidak memberi tumpuan kepada di mana kami berada, siapa di sekeliling kami, bentuk pasukan – kami hanya fokus pada diri sendiri dan itu sahaja yang boleh kami lakukan, jadi kekalkan sedemikian.
“Kami mempunyai perlawanan yang sukar tetapi saya fikir pada masa yang sama perlawanan hebat kerana setiap perlawanan adalah penting. Ia adalah acara yang hebat dan kami ingin meneruskan prestasi terbaik kami.
“Kami bersaing dengan pasukan elit yang akan berjuang habis-habisan dan perlu melakukan perkara yang sama. Dalam lima perlawanan kami, kami perlu memberikan persiapan dan fokus terbaik kerana pertarungan yang kami hadapi mungkin akan berakhir hingga ke penghujung perlawanan," kata Howe menjelang perlawanan berdepan Arsenal pada Ahad.
Newcastle berada di tangga ketiga dengan 65 mata, dua mata di depan Manchester United di tempat keempat dan enam mata di hadapan Liverpool, yang berada di tempat kelima setelah bermain satu perlawanan lagi.
The Magpies menyasarkan menamatkan saingan di empat teratas, namun menghadapi kemuncak yang sukar untuk musim ini, dengan Brighton & Hove Albion juga dalam prestasi terbaik.
Selain itu, Leeds United dan Leicester City yang sedang bergelut mengelakkan penyingkiran serta Chelsea dan Arsenal di tempat kedua dalam baki perlawanan mereka.
Kali terakhir Newcastle menentang Arsenal menyaksikan keputusan seri 0-0 pada Januari, selepas itu kelab London tersebut didenda 40,000 pound ($50,428.00) apabila gagal mengawal pemain mereka.
Sementara itu, Howe berkata, pertembungan di St Jame’s Park tersebut adalah babak tertutup, sambil menambah bahawa dia sangat menghormati tugas luar biasa dilakukan Arteta di Arsenal.
“Dalam permainan, anda akan sentiasa mempunyai saat-saat di mana anda menentang lawan dan terdapat sedikit konfrontasi. Itu adalah lumrah dan sebahagian tugas. Tiada masalah daripada pihak saya.
“Apa pun yang berlaku ia akan menjadi tontonan hebat antara dua pasukan yang sangat berpengaruh musim ini,” kata Howe.
LIGA PERDANA INGGERIS
AHAD (7 MEI)
Newcastle United lwn Arsenal, 11.30 malam
ISNIN (8 MEI)
West Ham United lwn Manchester United, 2 pagi
Fulham lwn Leicester City, 10 malam
SELASA (9 MEI)
Brighton lwn Everton, 12.30 tengah malam
Nottingham Forest lwn Southampton, 3 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!